Saturday, 20 September 2014

DIY HALFMOON

Pertama:
Sediakan bahan-bahannya iaitu kertas minyak atau kertas apa sahaja yang korang suka yang penting bersaiz besar, pembaris...lagi panjang pembaris lagi elok dan sebatang pen.
Kedua:
1. Ukur kertas korang.
2. Panjang setiap sisi (keempat-empat sisi) adalah 75cm. Kategori apa ek..? Segiempat tepat @ segiempat sama? Kak Ton memang fail bab nih.
3. Pastikan korang dapat seperti gambar di bawah.
Ketiga:
1. Bila dah dapat macam gambar (segiempat dengan panjang keempat-empat sisi adalah sama), lipat dua untuk membentuk segitiga pula.
2. Bucu A ditemukan dengan bucu B.
3. Bentuk segitiga akan diperolehi (seperti gambar bawah).
Keempat:
1. Sekali lagi bentuk segitiga ini dilipat dua.

2. Temukan permukaan A dengan permukaan B.
3. Pastikan garisan A bertemu dan sekata dengan garisan B.

4. Ini bentuk yang korang sepatutnya dapat (seperti gambar di atas).
5. Garisan A dan garisan B bertemu.
Kelima:
1. Sekali lagi bentuk segitiga ini dilipat dua.

2. Temukan permukaan A dengan permukaan B.
3. Pastikan garisan A bertemu dan sekata dengan garisan B

4. Korang akan dapat bentuk macam dalam gambar.
5. Selesai, buka semula semua lipatan sehingga mendapat bentuk segitiga yang asal.
Keenam:
1. Pada setiap bayang lipatan, ukur untuk mendapatkan ukuran sepanjang 75cm dan tanda.

2. Tanda pada setiap bayang garis.
3. Cantumkan kesemua tanda ukuran.
4. Kemaskan ukuran agar membentuk lengkungan dan gunting.
Ketujuh:
Ta-da! Pattern untuk shawl halfmoon korang dah siap! Pastikan bila korang cuba try test ukur macam garisan merah tu, ukurannya mestilah 75cm. Sekarang korang dah sedia untuk memotong shawl halfmoon kor-rangggggggggggggg. Get ready girlsssssssssssss...

No comments:

Post a Comment